Bintang e-Sport, Myint sedang menuju ke puncak kemenangan apabila skrin menjadi gelap di sebuah kafe di Yangon di mana dia bersaing bersama bintang e-Sport yang lain, menyebabkan dia kehilangan peluang untuk memenangi hadiah beribu-ribu ringgit dan menjatuhkan reputasinya.
Bidang permainan video online di Myanmar semakin berkembang pesat akan tetapi pemotongan tenaga kuasa kerap berlaku menyebabkan perkembangan pemain tersekat.
“Setiap kali bekalan tenaga terputus, kami akan mempersalahkan perbadanan elektrik – tenaga terputus sering sahaja berlaku,” katanya kepada AFP.
Lebih 60 peratus penduduk di Myanmar masih hidup tanpa bekalan elektrik selepas transisi politik di negara itu pada tahun 2010, yang berusaha untuk menarik pelaburan asing selepas beberapa dekad di bawah pemerintahan junta. Ini termasuk perkembangan aktiviti e-Sport di mana dikenali sebagai industri yang bernilai bilion dolar malah turut menawarkan acara pingat di Sukan Asia Tenggara pada bulan November buat pertama kalinya.
Tetapi Myanmar berdepan risiko kehilangan tenaga kuasa, beberapa pemilik komputer peribadi dan kekurangan sumber untuk menyokong perjalanan serta persaingan untuk meraih kejuaraan dalam bidang itu telah terkesan berikutan situasi itu.


Myint Myat Zaw berusia 21 tahun dan dikenali sebagai seorang pemain ‘Insane’, di mana dia telah kehilangan dan tewas dalam kira-kira 40 perlawanan disebabkan bekalan tenaga elektrik yang terputus sehingga menjadikannya amat sukar untuk mendapatkan slot untuk bertanding di luar negara.
Dia bermain DOTA 2, di mana Shanghai telah menjadi tuan rumah kepada aktiviti tersebut yang menawarkan hadiah sekitar AS$34.3 juta.
Namun pertandingan DOTA 2 jarang dibuat di Myanmar, katanya sehingga menjadikannya sukar untuk mendapatkan asas pendapatan daripada permainan ini.
Bagi seorang pemain, kafe Internet merupakan tempat yang lazim digunakan bagi bersaing dengan pemain-pemain dari luar negara. Namun ia mula berubah disebabkan harga kad SIM yang semakin murah di pasaran negara itu sekali gus menggunakan telefon pintar untuk bersaing dengan pemain antarabangsa dan tempatan.
Peningkatan penggunaan telefon bimbit
Penggunaan telefon bimbit pada tahun 2012 dicatatkan sekitar 7 peratus namun catatan itu meningkat kepada 80 peratus selepas sahaja skim kad itu diperkenalkan.
Pemain yang bersaing dengan menggunakan telefon bimbit akan terus bermain walaupun bekalan tenaga terputus atau dalam keadaan gelap.
“Kami boleh bermain di mana-mana pada bila-bila masa sahaja,” kata Myint Myat Aung, pemain mudah alih Battleground Player Unknown (PUBG) yang bertanding untuk pasukan e-Sport, Impunity, yang berpangkalan di Singapura.
Pada bulan lalu, Impunity, bersama lebih 400 pasukan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan PUBG yang dihoskan oleh Samsung Galaxy di berlangsung di pusat membeli-belah Yangon. Sambil merenung tajam skrin telefon pintar, pemain bersaing dengan lawan mereka malah ada yang menggunakan skrin besar bagi menarik perhatian penonton.
Myanmar sebagaimana negara-negara yang membangun, berada di dalam keadaan yang serius berbanding negara jirannya, kata Jeremy Jackson, penganalisis pasaran untuk e-Sport untuk firma NewZoo.
Negara itu telah melahirkan beberapa bintang atlet antarabangsa malah e-Sport turut menawarkan pemain ke arah komuniti global dan peluang untuk memperoleh gaji yang lumayan, terutama bagi mereka yang bersaing dalam permainan yang terkenal.
“Mereka boleh menjana pendapatan sendiri dengan hanya bersaing dalam kejohanan itu,” kata Kaung Myat San, pengasas bersama pusat NGO e-Sport di Yangon.
Pihak berkuasa dalam bidang sukan di Myanmar tidak mempunyai dana yang mencukupi, justeru, NGO e-Sport merancang untuk menghantar 16 atlet untuk mewakili Myanmar dalam perlawanan Asia Tenggara pada bulan November ini, termasuk Myint Myat Zaw, yang menjadi pemain bergaji bermula awal tahun ini. – AFP