Thursday, January 30, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu trak terperangkap dalam lubang benam

    TOKYO, 28 JAN – Perkhidmatan kecemasan Jepun bergelut selama beberapa jam untuk menyelamatkan pemandu trak yang terjunam ke dalam lubang benam berhampiran Tokyo, hari ini.

    Pihak berkuasa di bandar Yashiro, Saitama, menerima panggilan kira-kira 9:50 pagi dan berkata bahawa jalan telah runtuh dan lori terkubur.

    “Kami telah menjalankan operasi menyelamat sejak itu,” menurut jurucakap jabatan bomba memberitahu AFP kira-kira tujuh jam kemudian.

    Dia menambah bahawa mereka menganggarkan lubang benam kira-kira 10 meter lebar dan enam meter dalam.

    “Sekarang kami cuba melihat sama ada kami boleh mengeluarkan trak dengan menggunakan kran besar,” katanya.

    “Terdapat risiko bahawa lubang itu akan runtuh.”

    Pemandu yang terperangkap dapat berkomunikasi dengan penyelamat sehingga kira-kira 1 petang tetapi mereka berundur selepas kawasan sekitar lubang benam itu menjadi tidak stabil, menurut jurucakap.

    Pasukan kecemasan pada mulanya merancang untuk menyelamatkan pemandu dengan pergi ke lubang benam, tetapi dua anggotanya mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkannya.

    Sistem Sistem pembetung berjalan melalui kawasan persimpangan, dan punca keruntuhan Jalan sedang disiasat, lapor Kyodo News.– AFP

    Gambar hiasan Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda