Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembaikan paip di Kampung Sungai Tali Lumut dilaksana

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip air di Simpang 177, Kampung Sungai Tali Lumut.

    Kawasan-kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan kecemasan paip air itu termasuk keseluruhan kawasan Sungai Kayu Ara, Sungai Takli, Sungai Taring dan sebahagian kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, Daerah Belait.

    Sehubungan itu, JKR memaklumkan kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Oleh itu, penduduk yang mengalami gangguan bekalan air boleh memohon bekalan tangki air dengan menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda