Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pemberian dos penggalak kedua masih diteliti

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Kementerian Kesihatan melalui Jawatankuasa Teknikal COVID-19 sedang meneliti keperluan untuk pemberian dos penggalak kedua kepada orang ramai tetapi pada masa ini, pemberian dos penggalak itu telah ditawarkan kepada warga yang berisiko tinggi sahaja.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara ini semasa memberi respons kepada soalan yang diajukan mengenai keperluan pemberian dos penggalak kedua kepada orang ramai di negara ini pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dengan panduan sebelum ini, tambah beliau, Kementerian Kesihatan pada masa ini mengutamakan pemberian dos penggalak kepada mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit-pesakit kanser atau buah pinggang.

    “Mereka ditawarkan dan digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak, kerana ia terbukti boleh meringankan gejala yang teruk bila dijangkiti oleh COVID,” ujarnya sambil menambah bahawa belum ada perancangan untuk memberikannya kepada orang umum secara program kebangsaan.

    Beliau seterusnya menambah, dalam masa terdekat ini pihaknya akan memaklumkan penyelesaian mengenai dengan dos keempat itu tapi pada masa ini pemberian dos penggalak itu hanya ditawarkan kepada mereka yang tertentu sahaja.

    Keperluan untuk pemberian dos penggalak kedua kepada orang ramai masih diteliti namun buat masa ini ia hanya ditawarkan kepada warga yang berisiko tinggi sahaja.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...