Saturday, May 18, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pembikinan kertas berasakan gentian makanan

    ECHIZEN – Di kawasan Goka Echizen, wilayah Fukui, di mana jalan-jalan dipenuhi dengan bengkel membuat kertas.

    Kira-kira 1,500 tahun yang lalu, terdapat kepercayaan tentang kawasan pergunungan itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sawah, malah ia lebih sesuai dijadikan tempat untuk memulakan pembuatan kertas.

    Disebabkan kawasan itu mempunyai air dan pokok liar yang banyak untuk dijadikan bahan mentah, ia membolehkan kertas washi Echizen untuk berkembang dan diiktiraf sebagai khusus yang layak dipersembahkan kepada mahkamah Imperial dan shogun.

    Pada musim sejuk, kabus di kawasan Goka menutupi lereng gunung.

    Bunyi percikan ketika bahan mentah untuk kertas washi dicedok dari tangki air memecah kesunyian bandar kecil itu.

    Helaian ‘kertas berasakan sumber makanan’ bercampur dengan serat sayuran – ANN/The Japan News

    Di Igarashi Seishi Co., yang diasaskan pada tahun 1919, kelihatan tukang membuat helaian besar washi menggunakan alat khas yang diperbuat pemprosesan kertas tersebut.

    Pekerja muda di bengkel itu akan meletakkan alat ayak kayu khas dalam tangki air sejuk untuk membuat kertas washi putih yang tulen.

    Di bengkel tersebut juga, mereka menggunakan pokok bunga raya matahari untuk menghasilkan washi berkualiti tinggi.

    Syarikat itu juga telah menghasilkan reka bentuk kertas washi asli dengan corak gelombang halus dan bunga yang popular dengan penginapan dan restoran ryotei kelas atas.

    Presiden ketiga syarikat itu, Kozo Igarashi, 76, juga berkhidmat sebagai presiden koperasi industri washi wilayah Fukui dan pengerusi Persatuan Washi Buatan Tangan Seluruh Jepun.

    “Keadaan di sekeliling kertas washi adalah teruk pada masa ini kerana kekurangan bahan mentah dan perubahan terkini tanpa penggunaan kertas,” kata Igarashi. Jelasnya, jumlah syarikat dalam persatuan itu yang berjumlah lebih 100 buah kira-kira 40 tahun lalu telah merosot kepada 47 buah syarikat.

    Dia mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Sebagai contoh, Igarashi Seishi telah membuat ‘kertas daripada sumber makanan’ merangkumi serat sayuran seperti dari daun bawang dan kentang.

    Gentian sayuran boleh digunakan sebagai pengganti kepada pengurangan jumlah kayu yang tersedia untuk washi. Menggunakan sayur-sayuran terbuang sebaliknya juga akan membantu menangani isu pembaziran makanan.

    Projek itu bermula dengan penyelidikan bebas yang dilakukan oleh cucu Igarashi. Ia merupakan idea inovatif daripada generasi akan datang yang memberi nafas baharu kepada dunia washi. – ANN/The Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...