Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemenang bertuah terima baucar beli-belah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Tiga pemenang bertuah hari ini telah menerima ganjaran daripada Bank Islam Brunei Darussalam dalam cabutan terakhir Kempen JUMM, dengan kerjasama Milimewah Group.

    Pemenang bertuah bagi hadiah pertama yang membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $5,000 ialah Dayang Norleia binti Awang, manakala hadiah kedua berupa baucar beli-belah bernilai $3,000 telah dimenangi oleh Dayang Norfuziana binti Abdullah Ampili @ Norfuziana anak Ampili dan hadiah ketiga telah dimenangi oleh Dayang Fajrina binti Haji Bungsu yang pulang dengan baucar membeli-belah bernilai $1,000.

    Selain itu, 30 pemenang turut diberikan ganjaran baucar beli-belah $500 dalam Promosi Keistimewaan Kad BIBD yang telah bermula sepanjang Ogos dan September.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada acara yang diadakan di Rimba Point itu ialah wakil pasukan pengurusan BIBD dan para Pengarah JUMM Group.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan BIBD serta ahli pengurusan kanan daripada JUMM Group.

    Sepanjang tempoh promosi itu, setiap urus niaga yang dibuat di cawangan yang mengambil bahagian dengan kad BIBD yang telah diselesaikan melalui Point of Sale BIBD atau melalui Pocket App di kios layan diri layak untuk memenangi hadiah.

    Kedai-kedai yang mengambil bahagian di bawah JUMM Group adalah Jaya Hypermart, Utama Grandstore, Milimewah Department Store dan M-Porium Jaya Department Store.

    Promosi itu bukan sahaja diadakan bagi memberikan ganjaran kepada pelanggan BIBD atas sokongan dan kesetiaan mereka, tetapi juga untuk memberikan peluang bagi mendapatkan kembali satu bentuk pulangan ke atas perbelanjaan mereka. Ia juga bertujuan bagi menggalakkan penggunaan tanpa tunai dan penyelesaian pembayaran digital BIBD dalam kalangan pelanggannya.

    Gambar ramai para pemenang Kempen JUMM di Rimba Point, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BIBD

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...