Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemenang Dikir Syarafil Anam terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Peserta lelaki dari Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampung Rimba dan peserta perempuan dari Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong muncul johan dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir, Muslimah Masjid, Belia dan Beliawanis dan Jemaah Masjid Senegara sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1445H/2023M, bertempat di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah.

    Tempat kedua bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong manakala tempat ketiga disandang oleh Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampung Katimahar.

    Sementara itu, bagi peserta perempuan, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Masjid Kampung Pelambayan dan dari Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Pertandingan Dikir Syarafil Anam itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Mohammad Jamalul Alam.

    Antara tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah untuk memberikan bimbingan dan pendedahan serta memberikan peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik dan kaedah berdikir yang betul agar mampu mempersembahkan Dikir Syarafil Anam dengan baik dan sempurna.

    Selain itu, untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu bacaan Dikir Syarafil Anam dari segi fashahah, lagu dan suara.

    Acara ini juga adalah untuk menggalakkan para peserta supaya akan terus mempelajari dan menguasai lagu-lagu dikir agar dapat menyampaikan hajat masyarakat awam khususnya bagi menyerikan acara keagamaan.

    Pertandingan ini juga dihasrat menggalakkan para peserta agar sentiasa mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya sebagai amalan harian dan beroleh berkat daripadanya sekali gus memeriahkan dan membesarkan suasana sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

    Yang Berhormat Awang Mohammad menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pada majlis yang diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...