Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemenang Seven Wonders Giveaway terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Kempen Seven Wonders Giveaway anjuran Progresif Sdn Bhd berakhir hari ini dengan pengumuman tujuh pemenang bertuah yang membawa pulang hadiah berupa pakej pelancongan ke destinasi-destinasi Seven Wonders.

    Hadir menyampaikan hadiah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Progresif di Gadong ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar.

    Para pemenang ialah Dayang Nor Abidah binti Duraman memenangi pakej pelancongan ke Taj Mahal, India; Dayang Siti Jamilah binti Haji Sulaiman memenangi pakej pelancongan ke The Great Wall, China; Awang Muhammad Hanis @Muhammad Fariz bin Haji Kamis memenangi pakej pelancongan ke Petra, Jordan; Awangku Muhammad Muizzuddin bin Pengiran Tejuddin memenangi pakej pelancongan ke Great Barrier Reef, Australia; Dayang Amal Nazzirah binti Abdul Latif memenangi pakej pelancongan ke Pyramids of Giza, Mesir; Awang Khairul Anwar bin Abdullah Misher memenangi pakej pelancongan ke Colesseum, Itali manakala itu, Aznurin bin Biar memenang pakej pelancongan ke Grand Canyon, Amerika Syarikat.

    Dalam ucapan ringkasnya, Hajah Nurul Haniah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang selama ini memberikan sokongan berterusan kepada Progresif dan beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang memenangi hadiah-hadiah menarik tajaan Progresif.

    Kempen diadakan untuk memberikan peluang kepada pelanggan yang mendaftar untuk Progresif Fiber dan Pelan Pascabayar Mudah Alih.

    Dengan memenangi hadiah berkenaan, para pemenang akan berpengalaman untuk merasakan sendiri pengembaraan yang tiada tandingan dan seterusnya menikmati keindahan alam semula jadi, sejarah, dan warisan budaya yang menakjubkan.

    Salah seorang pemenang yang ditemui, Dayang Siti Jamilah menyatakan perasaan bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Progresif atas hadiah yang diberikan.

    Kempen telah diadakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober lalu di mana pelanggan baharu dan sedia ada yang mendaftar untuk pelan fiber atau Mobile Postpaid berpeluang memenangi pakej pelancongan bagi dua orang ke destinasi-destinasi Seven Wonders.

    Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama para pemenang promosi anjuran Progresif Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Hajah Nurul Haniah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...