Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemilihan 3 ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Ketua kampung mempunyai tanggungjawab besar dan memegang amanah, bukan saja amanah kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malahan amanah penduduk kampung yang akan ditadbir nanti.

    Perkara berkenaan ditegaskan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim pada Majlis Pengundian dan Pemilihan bagi Calon Ketua Kampung Bengkurong, Ketua Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut, serta Ketua Kampung Sinarubai dan Burong Lepas, Mukim Kilanas, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kilanas itu, menyaksikan pengundian bagi calon-calon berkenaan dilaksanakan mengguna kertas undi dan secara dalam talian melalui kaedah aplikasi mudah alih E-Undi PMKK.

    Calon bagi ketua Kampung Bengkurong, Haji Talib bin Haji Bakar@ Haji Abu Bakar mengumpul 122 undi yang menyatakan bersetuju, manakala 11 undi menyatakan tidak bersetuju dan satu undi rosak.

    Calon Ketua Kampung Tasek Meradun dan Kampung Bunut, Awang Ahmad Hussaini bin Haji Mohsin pula mengumpul 114 undi menyatakan bersetuju manakala enam tidak bersetuju dan satu undi rosak.

    Manakala bagi calon Ketua Kampung Sinarubai dan Burong Lepas pula, Awang Muhammad Shukri bin Haji Masri mendapat 108 undi bersetuju manakala dua undi rosak.

    Hasil keputusan keseluruhan pe-ngundian yang diperolehi akan dibawa ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk proses selanjutnya.

    Pengiraan kertas undi yang diterima dilakukan di hadapan penduduk kampung yang hadir pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...