Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemimpin China-EU adakan mesyuarat

    BEIJING, 8 DIS – Perdana Menteri China, Li Qiang bersama-sama Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU), Ursula Von Der Leyen mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 kelmarin.

    Li Qiang berkata Presiden Xi Jinping dan kedua-dua pemimpin EU telah memberikan pedoman strategik untuk mengeratkan lagi hubungan China-EU.

    “Dunia mengalami perubahan yang amat besar ketika ini. Oleh itu, kita harus mencari ‘unsur tidak berubah’ daripada perubahan itu dengan mengekalkan dialog dan menentang konfrontasi, meneruskan kerjasama dan tidak mencantas hubungan, mempertahankan keamanan dan menolak konflik, supaya menguasai hala tuju perkembangan hubungan China-EU dengan baik,” kata Li.

    Charles Michel dan Von Der Leyen masing-masing berkata hubungan dengan China dianggap antara satu hubungan luar yang amat penting bagi EU.

    EU bersedia menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh China.

    Mereka berkata EU mengekalkan kemerdekaan strategik dan bersedia mendorong dialog peringkat tinggi dengan China, meningkatkan persefahaman serta mengurangkan salah faham.

    EU juga bersedia untuk mempergiat kerjasama dalam sektor-sektor ekonomi dan perdagangan, pertanian dan makanan, perubahan iklim dan kecerdasan buatan (AI) selain berganding bahu dalam menangani cabaran global dan menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...