Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi tawarkan hadiah, ganjaran eksklusif

    KUALA LUMPUR, 8 DIS – Platform membeli-belah dalam talian utama di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengadakan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi yang menjanjikan promo terhangat, permainan menarik dan hadiah hebat mulai 1 hingga 15 Disember.

    Shopee dalam kenyataan hari ini berkata turut dilancarkan adalah Shopee Birthday Quest apabila  pelanggan berpeluang memburu berlian yang boleh ditukar kepada baucar eksklusif sehingga RM100.

    “Untuk pembeli yang mahir, jangan ketinggalan bermain Voucher Scrabble semasa rancangan permainan Roda Shopee pada 8 malam di Shopee Live. Kumpulkan kod baucar eksklusif dua rebat dan sertai 12.12 Birthday Voucher Hunt untuk memaparkan kata kunci tersorok bagi empat baucar waktu terhad.

    “Berikutan dua promosi ini menawarkan pelbagai baucar, awda boleh memaksimumkan penjimatan dan nikmati perbelanjaan hebat pada 12 Disember ini,” katanya.

    Shopee berkata ketika kemuncak festival pada 12 Disember, pelanggan yang berbelanja minimum sebanyak RM250 berpeluang mendapat baucar tambahan RM50 yang boleh digunakan semasa jualan lanjutan istimewa tiga hari dari 13 hingga 15 Disember. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...