Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Pemimpin Khmer Rouge dipindah ke penjara Kemboja

    PHNOM PENH, 1 FEB – Pemimpin Khmer Rouge terakhir yang masih hidup telah dipindahkan ke penjara kerajaan Kemboja untuk menjalani dua hukuman penjara seumur
    hidup selepas gagal dalam rayuannya terhadap sabitan pembunuhan beramai-ramai, kata pendakwa-pendakwa hari ini.

    Dalam keputusan terakhirnya tahun lalu, mahkamah negara itu yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengekalkan sabitan pembunuhan beramai-ramai 2018 dan hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas Khieu Samphan.

    Lelaki berusia 91 tahun itu merupakan ketua negara bagi rejim komunis kejam yang menghapuskan satu perempat daripada penduduk Kemboja dalam masa kurang empat tahun pada 1970-an.

    Khieu Samphan dan Brother Number Two, Nuon Chea, yang meninggal dunia pada 2019, turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah pada 2014 kerana jenayah terhadap kemanusiaan.

    Khieu Samphan ditangkap pada 2007 dan telah ditahan di kemudahan khas di mahkamah.

    “Khieu Samphan telah dipindahkan pada… 30 Januari 2023, ke Penjara Wilayah Kandal untuk terus menjalani dua hukuman penjara seumur hidup,” kata pendakwa raya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pihak berkuasa kehakiman telah “mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa keadaan penahanan Khieu Samphan sesuai untuk seseorang yang berumur lanjut, mobiliti terhad dan keadaan kesihatan,” tambah mereka. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...