Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan sulung

    BEIJING, 1 FEB – Pesawat mega pertama buatan China C919 (gambar-Bernama) menjalankan misi penerbangan MU7817 China Eastern Airlines dari Shanghai dan berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changbei, Nanchang tepat pukul 10:30 pagi Sabtu lalu.

    Difahamkan, penerbangan itu merupakan sebahagian daripada penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak 26 Disember lepas sebelum C919 digunakan secara rasmi.

    Terdahulu, pesawat itu pernah membuat penerbangan ke bandar Shanghai, Beijing, Chengdu, Xi’an, Haikou, Qingdao, Wuhan dan Jinan yang melibatkan sembilan lapangan terbang.

    China Eastern Airlines dijangka bakal melancarkan penerbangan komersial rasmi dengan menggunakan pesawat C919 bagi laluan ke Nanchang, Shanghai dan Beijing.

    China Eastern Airlines sebagai pengguna pertama telah menerima pesawat C919 pada 9 Disember 2022 dan pesawat yang dilengkapi dengan 164 kerusi serta mempunyai keunikan dalam hiasan dalaman dan luar kabin diberikan kod B-919A. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...