Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemimpin Kuwait dirawat di hospital

    DUBAI, 29 NOV – Pemimpin yang kaya dengan minyak dari Kuwait dirawat di hospital hari ini akibat masalah kesihatan tetapi kemudiannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan yang berterusan mengenai kesihatannya sejak menjadi pemimpin pada tahun 2020.
    Laporan agensi berita kerajaan KUNA tidak menjelaskan masalah yang dihadapi oleh Sheikh Nawaf Al Ahmad Al Sabah yang berusia 86 tahun itu. Walau bagaimanapun, Sheikh Nawaf telah beberapa kali menyerahkan kuasa semasa pemerintahannya kepada timbalannya semasa menjalani pemeriksaan perubatan dan masalah lain. Mengingat usia Sheikh Nawaf, telah memberi kebimbangan mengenai kesihatannya. Berita kerajaan sebelum ini melaporkan bahawa beliau pergi ke Amerika Syarikat untuk pemeriksaan perubatan yang tidak ditentukan pada Mac 2021.
    Kesihatan pemimpin Kuwait tetap menjadi perkara yang sensitif dalam kalangan negara kecil di Timur Tengah yang bersempadan dengan Iraq dan Arab Saudi yang telah menyaksikan pergolakan kuasa dalaman di istana. Sheikh Nawaf dilantik sebagai emir selepas kematian waris sebelumnya, almarhum Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah, pada tahun 2020.
    Dalam tempoh pemerintahan Sheikh Nawaf, perselisihan politik Kuwait menjadi reda, begitu juga pembaharuan sistem kesejahteraan negara itu telah menghalang dari terlibat dengan hutang. Sheikh Nawaf juga menggunakan wang simpanannya untuk membayar gaji sektor awam, walaupun Kuwait mempunyai kekayaan hasil daripada simpanan minyaknya. – AP

    Pemimpin Kuwait yang kaya dengan minyak telah dimasukkan ke dalam hospital pada 29 November atas masalah kesihatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...