Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemimpin prodemokrasi Thai dipenjara kerana fitnah raja

    BANGKOK, 8 MEI – Sebuah mahkamah di Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang aktivis prodemokrasi terkemuka kerana memfitnah institusi diraja.

    Pengkritik-pengkritik berkata, kerajaan telah menggunakan undang-undang lese-majeste yang ketat untuk mendiamkan perbezaan pendapat, mendakwa ramai orang di bawah undang-undang keras yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan kerabatnya.

    Panupong Jadnok, 27, adalah antara pemimpin demonstrasi 2020 yang diketuai oleh belia, yang menyaksikan puluhan ribu turun ke jalan-jalan raya untuk membuat gesaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya bagi mereformasi sistem beraja.

    Dia disabitkan bersalah atas catatan media sosial yang berkaitan dengan raja pada 2020, kata wakil untuk Peguam Hak Asasi Manusia Thailand kepada AFP.

    “Mahkamah Jenayah di Bangkok pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Panupong, tetapi kemudiannya ditukar kepada tiga tahun kerana keterangannya yang berguna,” kata wakil itu.

    Panupong berdepan lapan lagi pertuduhan di bawah undang-undang lese-majeste yang ketat di negara itu.

    Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

    Panupong adalah antara lebih 150 aktivis yang telah didakwa di bawah undang-undang lese-majeste Thailand, sering dirujuk sebagai ‘112’ berdasarkan seksyen berkaitan kanun jenayah. – AFP

    Aktivis pro-demokrasi Panupong ‘Mike’ Jadnok (C) mengambil bahagian dalam perarakan antikerajaan bagi memperingati ulang tahun Revolusi Siam 1932 di Bangkok pada 24 Jun 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...