Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    3 juta penduduk Myanmar telah dipindahkan – PBB

    YANGON, 8 MEI – Jumlah orang yang dipindahkan di Myanmar telah mencecah tiga juta, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebahagian besar terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat konflik yang dicetuskan oleh rampasan kuasa tentera pada 2021.

    Kira-kira 2.7 juta telah melarikan diri sejak serangan yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi selepas percubaan demokrasi jangka pendek.

    Rampasan kuasa itu mencetuskan pertempuran-pertempuran baharu dengan kumpulan bersenjata etnik sedia ada dan melahirkan berpuluh-puluh ‘Pasukan Pertahanan Rakyat’ baharu yang gagal dihapuskan oleh tentera.

    “Myanmar berada di cenuma pada 2024 dengan krisis kemanusiaan yang semakin mendalam,” kata penyelaras residen PBB di negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

    Dianggarkan satu pertiga daripada mereka yang dipindahkan adalah kanak-kanak, menurut kenyataan itu.

    Kira-kira separuh daripada tiga juta itu telah dipindahkan sejak akhir tahun lalu, apabila pakatan kumpulan bersenjata etnik melancarkan serangan di seluruh negeri Shan utara, kata kenyataan itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...