Gara-gara berkongsi imej baharu berambut pendek, penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengundang perhatian ramai warganet di media sosial.
Memetik laporan mStar, ramai yang kurang senang malah janggal melihat penampilan penyanyi itu yang diketahui jarang berambut pendek sebelum ini.
“Jadi aneh semenjak sudah kepala botak ini dan kurang kelas sebagai artis.
“Muka kamu jadi tak sesuai dengan imej itu,” komen warganet di Instagram.
Sementara itu, ada juga yang membuat andaian perubahan mendadak pada Bunga itu disebabkan pengaruh suaminya iaitu Tiko Aryawardhana. “Jiwamu hilang sejak pemergian Allahyarham suamimu,” tulis warganet lagi.
Difahamkan, penyanyi lagu Ingkar itu memotong pendek rambutnya sejak Disember lalu. – Agensi
