Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemindahan penduduk dari pulau Vanuatu diteruskan

    WELLINGTON, New Zealand, 2 Okt – Pemindahan penduduk dari pulau Vanuatu diteruskan hari ini walaupun selepas ahli sains berkata gunung berapi yang meletus telah menjadi stabil.

    Armada kapal sementara yang terdiri daripada teksi air kepada kapal pendarat besar sedang memindahkan beribu-ribu penduduk dari pulau Ambae ke pulau berhampiran di gugusan kepulauan Pasifik.

    Pegawai Vanuatu pada minggu lalu mengarah pemindahan 11,000 penduduk pulau, bimbang gunung berapi Manaro mungkin meletup dalam satu letusan besar.

    Namun Brad Scott, seorang ahli vulkanologi New Zealand yang membantu di Vanuatu, berkata gunung berapi telah menjadi stabil dalam beberapa hari lalu. Beliau berkata lava terus meletus daripada Manaro tetapi tidak lagi berinteraksi dengan air memandangkan ia berada dalam peringkat lebih awal dan lebih meledak gunung berapi.

    Jurucakap kerajaan Hilaire Bule berkata maklumat saintifik terbaru yang diterimanya adalah gunung berapi adalah stabil dan tidak lagi menimbulkan ancaman. Namun beliau berkata menteri kerajaan perlu bertemu dan mencapai persetujuan untuk membatalkan arahan pemindahan sebelum penghijrahan dihentikan.

    Beliau berkata feri dan kapal komersial membantu memindahkan orang dari pulau dan kebanyakannya harus bertolak pada hari ini. Beliau berkata kira-kira 7,000 orang sedang mengadakan lawatan lautan sejauh 100 kilometer ke pulau Espiritu Santo, 3,000 orang tambahan sedang dipindah ke pulau Pentecost dan kira-kira 1,000 ke pulau Maewo.

    Penduduk Ambae, Lilian Garae berkata beliau, suami dan tiga orang anaknya berada di rumah mengemas barang-barang selepas diberitahu mereka akan dipindah pada pukul 6 pagi esok ke Maewo. Beliau berkata mereka terpaksa meninggalkan haiwan mereka, termasuk seekor khinzir dan tiga ekor lembu, serta buku dan barang-barang kepunyaan. Beliau berkata mereka tidak mempunyai keluarga di Maewo.

    “Saya bimbang untuk meninggalkan kampung dan haiwan dan segalanya dalam rumah kami,” katanya.

    Garae berkata gunung berapi tidak lagi mengeluarkan bunyi dentuman seperti pada minggu lalu dan sedang mengeluarkan kurang wap dan abu. Beliau berkata pegawai telah memberitahu beliau perlu bersedia untuk meninggalkan rumah selama dua atau tiga minggu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda