Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pempengaruh jual janin AS$2 juta

    MEXICO, 26 APRIL – Seorang pempengaruh dan ahli perniagaan Mexico baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan menawarkan untuk menjual janinnya dengan harga AS$2 juta setiap satu kepada orang yang tidak boleh mempunyai anak dan mahukan jaminan anak damit yang tampan.

    Penyampai televisyen Mexico, usahawan dan pempengaruh, Poncho de Nigris yang pada asalnya dikenali di seluruh negara selepas menyertai musim kedua rancangan realiti popular, Big Brother Mexico, baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas mendakwa bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk menjual dua janin yang disimpan bersama isterinya sekiranya mereka ingin memiliki lebih ramai anak lagi.

    Selebriti Mexico itu berkata, disebabkan kualiti embrio tersebut terjamin dan akan membantu memperbaiki umat manusia, adalah tidak adil untuk memberikannya begitu sahaja. Sebaliknya, dia dilaporkan merancang untuk mengenakan bayaran kepada pasangan yang berminat sebanyak AS$2 juta untuk setiap satu daripada dua janin beku. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda