Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penahanan wartawan: Kedutaan S’pura hubungi pihak berkuasa Myanmar

    SINGAPURA, 31 Okt – Kedutaan Singapura di Yangon sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Myanmar berkaitan penahanan Lau Hon Meng, seorang juru foto bebas warga Singapura, yang merupakan petugas kontrak dengan Turkish Radio and Television (TRT).

    “Kedutaan akan menyediakan bantuan konsuler yang perlu kepada Lau dan memantau rapi perkembangan bagi memastikan proses sewajarnya diberi kepada beliau,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Isnin.

    “MFA dan Kedutaan sering berhubungan dengan keluarga Lau,” kata jurucakap itu ketika menjawab pertanyaan media berkaitan penahanan Lau di Nay Pyi Taw, Myanmar.

    MFA berkata Kedutaan itu dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar bahawa Lau ditahan pihak berkuasa kerana membuat rakaman video bangunan Hluttaw (Parlimen) tanpa kebenaran dengan menggunakan dron pada 27 Oktober.

    Siasatan oleh pihak berkuasa Myanmar sedang berjalan, kata MFA. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda