Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penang FC tekad bangkit

    GEORGE TOWN, 23 JUN – Tewas 0-1 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di laman sendiri pada perlawanan keempat Liga Super kelmarin, nyata memberikan tamparan hebat buat Penang FC apatah lagi bakal berdepan pasukan sama dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, minggu depan.

    Bagaimanapun, Ketua Jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu bertekad akan memastikan pasukannya bangkit memberikan persembahan yang lebih baik, sekali gus mengubati kekecewaan penyokong setia yang mahu melihat pasukan mereka memperoleh kemenangan sulung, selepas tiga kali seri pada perlawanan liga.

    Akmal mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan, selain kesilapan kecil oleh pemain hingga menyebabkan mereka gagal mendapatkan penyudah terbaik, meskipun mencipta banyak ruang dan peluang untuk menghasilkan jaringan. “Pemain telah lakukan tugas dengan cemerlang namun sedikit kealpaan, kesilapan menyebabkan kita dihukum dengan kekalahan pada malam ini (semalam).

    “Berdasarkan keputusan tersebut, sudah tentu banyak kelemahan yang akan kita baiki untuk menjelang perlawanan sekali lagi menentang Kedah (Piala FA), jadi kita perlu merencanakan dengan baik bagi memastikan kita berpeluang mencipta sesuatu untuk layak ke separuh akhir,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat di Stadium Bandaraya, di sini, kelmarin. – Bernama

    Antara aksi semasa perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...