Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penangguhan rentas sempadan dilanjut hingga 15 Januari

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan telah dilanjutkan lagi selama 15 hari, dari 1 hingga 15 Januari 2022.

    Perkara itu dimaklumkan hari ini dalam siaran media dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Pelanjutan penangguhan itu adalah bagi kemasukan warganegara asing melalui pos-pos kawalan darat dan laut termasuk perjalanan transit melintasi negara yang telah diberikan kebenaran oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam.

    Namun kemasukan dan perjalanan transit melalui Brunei hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan-kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei dengan jaminan atau sokongan daripada pihak berkuasa negara yang berkenaan dengan dikenakan syarat dan prosedur kemasukan yang sedia ada, bagi tujuan atas urusan rasmi kerajaan, persekolahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan seperti ambulans, polis dan tentera serta vaccinated transport operators yang berdaftar di luar negara dengan Permit Lintas Batas yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei bagi penghantaran bekalan import yang penting.

    Turut ditangguhkan adalah keluar dan masuk negara secara ulang alik melalui pos-pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan.

    Syarat-syarat bagi pertimbangan keluar masuk yang dinyatakan adalah tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Pandu COVID-19 dari semasa ke semasa.

    Oleh yang demikian, bagi sebarang maklumat lanjut, bolehlah layari laman sesawang JPM di www.pmo.gov.bn/travelportal atau hubungi travel hotline di talian 120 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel kepada travelapplication@jpm.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...