Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Pencuri kereta mengaku terpengaruh TikTok

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid hari ini, menegaskan menerima arahan daripada TikTok bukanlah alasan yang boleh diterima untuk menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada seorang pencuri.

    Mohammad Ibhnu Yakob @ Mohammad Abdul Rahman bin Mohaimin, 31, membuat alasan kesalahannya kerana menerima arahan yang diberikan oleh pengguna TikTok.

    Bagaimanapun, defendan mendakwa terlupa akaun tersebut.

    Pendakwa Raya Radin Wafri bin Radin Sufri mendedahkan defendan telah mencuri sebuah kereta dari sebuah rumah di Jalan ‘C’ RPN Lorong Tengah Seria pada 13 Januari lalu.

    Defendan mendakwa dia berada di rumah sebelum itu menggunakan aplikasi media sosial apabila terjumpa video penstriman langsung daripada seorang pengguna yang mengarahkannya pergi ke rumah itu.

    Ini mendorongnya untuk menunggang basikal ke rumah tersebut.

    Dengan mengikut arahan, defendan menekan loceng pintu.

    Tanpa jawapan, defendan kemudian masuk ke dalam sebuah kereta di garaj yang dibiarkan tidak berkunci dan mengambil kunci.

    Kunci itu adalah untuk kenderaan yang diletakkan berada di sebelahnya.

    Dia cuba menghidupkan enjinnya tetapi tidak dapat menyala.

    Defendan kemudian meminta bantuan seorang rakan untuk menghidupkan kereta dan berjaya.

    Defendan kemudian beredar dan meletakkan kereta curi itu di rumah di Lorong 3 Selatan Seria.

    Keluarga mangsa menyedari kereta mereka telah hilang pada pagi 14 Januari lalu dan terserempak dengan basikal defendan yang ditinggalkannya.

    Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan membawa kepada penahanan defendan pada pagi yang sama.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...