Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pendaftaran pakej haji masih dibuka

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) telah mengumumkan bahawa pembayaran Pakej Haji DSSB 2024 telah bermula 19 Januari lalu hingga akhir Januari.

    Kutipan bayaran daripada jemaah haji telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Tarikh pembayaran dijadualkan mengikut pakej-pakej haji. Memandangkan pembayaran bermula pada 20 hingga 23 Januari, jemaah haji Pakej Delima dan Pakej Safira telah pun membuat pembayaran masing-masing.

    Tempoh pembayaran Pakej Zamrud dibukakan selama tiga hari bermula kelmarin dari 9 pagi hingga 4:30 petang.

    Dalam pada itu, DSSB memaklumkan bahawa pendaftaran masih dibuka untuk jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang ingin mendaftar dengan pakej haji DSSB pada 2024.

    Mereka yang berminat, dinasihatkan untuk datang ke Pejabat DSSB yang terletak di tingkat bawah The Airport Mall dengan membawa bersama dokumen lengkap seperti salinan pasport terkini, penyata bank Akaun Simpanan Haji Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) atau Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), salinan kad pengenalan, resit bayaran deposit dan dokumen lain yang berkaitan seperti sijil nikah dan sijil kelahiran.

    ATAS & BAWAH: Mereka yang berminat untuk mendaftar dinasihatkan datang ke Pejabat DSSB yang terletak di tingkat bawah The Airport Mall. – GAMBAR SERAHAN DSSB
    GAMBAR SERAHAN DSSB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...