Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perubahan proses pengambilan pekerja Bangladesh di Brunei

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan bahawa bermula 1 Februari ini, semua permohonan untuk mendatangkan warganegara Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan pekerjaan hendaklah berurusan melalui agensi pekerjaan yang berlesen dengan Jabatan Buruh di Negara Brunei Darussalam dan agensi pekerjaan berkenaan akan berhubung terus dengan pihak Bangladesh Overseas Employment and Services Limited (BOESL) di Republik Rakyat Bangladesh bagi menyediakan tenaga kerja dan menguruskan proses pengambilan pekerja Republik Rakyat Bangladesh.

    Pembaharuan proses itu dibuat berikutan pemeteraian Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the People’s Republic of Bangladesh on the Employment / Recruitment of Bangladeshi Workers yang telah ditandatangani pada 16 Oktober 2022 bersempena lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Dhaka, Republik Rakyat Bangladesh.

    Pelaksanaan proses yang baharu tersebut adalah bagi memastikan proses pengambilan pekerja dari Republik Rakyat Bangladesh adalah telus dan teratur terutama sekali bagi mencegah kes penipuan dan isu pemerdagangan manusia.

    Di samping itu, pelaksanaan proses itu akan dapat menambahbaikkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan kepada orang ramai dan seterusnya mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dalam hal ehwal perburuhan di antara kerajaan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Republik Rakyat Bangladesh.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh memaklumkan Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) baharu dan tambahan hendaklah dihadapkan oleh agensi pekerjaan yang berlesen dengan Jabatan Buruh di Negara Brunei Darussalam melalui National Labour Management System (NLMS) dengan melayari laman sesawang https://nlms.gov.bn/publicportal/.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...