Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki wanita paling muda tawan 14 puncak tertinggi

    KATHMANDU, 17 OKT – Seorang pendaki gunung Britain yang mencipta rekod sebagai wanita termuda telah mendaki kesemua 14 gunung tertinggi di dunia berkata hari ini, pendaki yang tidak berpengalaman sepatutnya tidak dibenarkan mendaki puncak tertinggi kerana berisiko membahayakan nyawa mereka termasuk orang lain.

    Adriana Brownlee, 23, mendaki Gunung Everest pada usia 20 pada 2021 dan awal bulan ini mendaki Gunung Shishapangma di China, telah melengkapkan usahanya untuk mendaki semua 14 puncak dengan ketinggian lebih 8,000 meter.

    Dia berkata telah melihat ramai pendaki yang kurang latihan dalam kemahiran asas dan dalam menghadapi cerun yang tidak dapat diramalkan di puncak tinggi.

    “Kami terpaksa menyokong mereka dan terpaksa membantu dengan perkara kecil seperti cara memakai crampon dan memakai tali pinggang,” tambahnya lagi.

    Dia juga berkata, pihak berkuasa pendakian perlu memastikan pendaki yang cuba mendaki puncak tertinggi sekurang-kurangnya telah mendaki gunung yang lebih rendah untuk memastikan mereka dapat mengendalikan ketinggian dan mempunyai kemahiran yang betul.

    Brownlee pergi ke Nepal minggu ini bersama pendaki lain dari Tibet termasuk Nima Rinji Sherpa, yang kini merupakan orang termuda mendaki 14 puncak pada usia 18 tahun. – AP

    Brownlee bergambar di puncak Shishapangma Tibet pada 9 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda