Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaratan ikan di Labuan cecah 2,409 tan metrik

    LABUAN, 18 OKT – Sektor pendaratan ikan di Labuan menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan dalam tempoh 10 bulan pertama 2024 iaitu berjumlah 2,409 tan metrik bernilai RM9.8 juta.

    Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan Fadhilah Azib berkata walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding tahun lepas, jumlah itu memperlihatkan daya tahan dan produktiviti industri perikanan tempatan yang memberikan sumbangan ketara kepada keselamatan makanan dan ekonomi pulau itu.

    “Kebanyakan tangkapan termasuk pelbagai spesies seperti tuna, siakap, mackerel, ikan merah, kerapu, dan pomfret yang menjadi antara spesies paling dicari untuk kegunaan tempatan dan eksport.

    “Ikan yang didaratkan tahun ini juga dilaporkan memenuhi keperluan piawaian kesihatan dan keselamatan untuk pasaran domestik serta antarabangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata industri perikanan di Labuan menjadi komponen penting dalam ekonomi tempatan, menawarkan peluang pekerjaan dalam pemprosesan, pengangkutan dan pemasaran produk makanan laut untuk komuniti tempatan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda