Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk adakan tunjuk perasaan kurang bekalan air

    DAKAR, 31 MEI – Penduduk kampung di Selatan Senegal bertelingkah dengan polis semasa protes kelmarin mengenai kekurangan bekalan air, lapor polis setempat dan media.

    Semasa pertelingkahan, yang berlaku di Cap Skirring di rantau Casamance, pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perkumpulan, menurut jurucakap mereka.

    Menurut laporan media yang memetik saksi, pihak polis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan, mencederakan beberapa daripada mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda