Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Kawasan 1, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan, Mukim Berakas B telah diadakan hari ini, di Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49.
Hadir di majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.
Di majlis itu, calon tunggal, Haji Muhammad Suhaimi bin Haji Ibrahim, 45, telah mendapat 57 undi, dan beliau telah bermastautin di Kampung Kawasan 1, RPN Lambak Kanan, Mukim Berakas B sejak tahun 1993.
Turut hadir, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan, wakil Daerah Zon 2 yang juga Ketua Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu selaku pengerusi bersama majlis, dan Pegawai Tugas-tugas Khas, Awang Mohammad Hazeeq bin Arsad, wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.