Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Penerimaan bagasi bakal jemaah haji dibuka sehari sebelum berlepas ke Tanah Suci

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bakal jemaah haji negara bagi musim haji 2024 bahawa penerimaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei boleh dilakukan sehari sebelum penerbangan bertolak ke Tanah Suci iaitu bermula pada 22 Mei.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu menjelaskan bahawa penerimaan bagasi dibahagikan kepada beberapa tarikh iaitu bagi penerbangan pertama boleh dilakukan pada 22 Mei, dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi di Row C6 – C10 melalui agensi Straits Central Agencies (SCA) dan bagi bakal jemaah haji di bawah Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) pada 4:30 petang hingga 6 petang di Row C.

    Untuk penerbangan kedua akan diadakan pada 23 Mei melalui DSSB dari pukul 1 petang hingga 4 petang di Row C, penerbangan ketiga boleh dilakukan pada 24 Mei melalui Agensi Raudah Al-Amin (RAA) dari pukul 9:30 pagi hingga 11:30 pagi di Row C8 – C10.

    Sementara itu, jemaah haji di bawah DSSB, Al-Hijrah Travel & Tours (AHTTSB) dan Dar El-Ehsan Travel & Tours (DEE) pula pada pukul 4:30 petang hingga 6 petang di Row C, manakala itu jemaah di bawah At-Taqwa Travel Tours dan Titian Travel & Tours pada pukul 6 petang hingga 7:30 malam di Row C.

    Seterusnya bagi penerbangan keempat pula boleh dilakukan pada 25 Mei melalui DSSB dari pukul 1 petang hingga 4 petang di Row C.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...