Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Pasukan Lela Cheteria baru-baru ini telah dijemput menyertai pertandingan Festival Bot Naga Antarabangsa Pulau Pinang 2022 yang diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia.
Pasukan itu bersaing dalam kategori Junior Antarabangsa Terbuka Bawah-24 (12 kru) buat pertama kali yang juga telah disertai oleh 12 pasukan antarabangsa.
Dalam pertandingan tersebut, Lela Cheteria berjaya meraih tempat keempat dengan catatan masa 1 minit 52.98 saat bagi kayuhan sejauh 400 meter, dua saat di belakang pasukan Kelab Bot Naga UniSHAMS B (UDBC B) yang berada di tempat ketiga dalam kategori yang sama dengan masa 1 minit 50.87 saat.
Juara dalam kategori tersebut pula disandang oleh pasukan Johor diikuti dengan pasukan Kelab Bot Naga Pasifik Barat A.
