Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pengambilan Pusingan Pertama HECAS 2023 bermula

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi memaklumkan bahawa pengambilan Pusingan Pertama HECAS 2023 secara dalam talian bagi kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi tahun akademik 2023/2024 telah bermula hari ini.

    Tarikh tutup bagi kemasukan IPTA di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) dan permohonan Biasiswa Kerajaan ke Luar Negara di bawah kendalian Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan adalah pada 2 Mac, pukul 3 petang.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, kursus-kursus yang ditawarkan adalah di peringkat Ijazah Pertama, Diploma Tertinggi Kebangsaan dan Diploma Tahap 5.

    HECAS dibukakan kepada pemegang kad pintar Brunei Darussalam yang sah, iaitu kad pintar yang berwarna kuning, unggu atau hijau. HECAS tidak memproses permohonan di bawah skim Latihan Dalam Perkhidmatan atau permohonan orang asing yang tidak mempunyai kad pintar yang tersebut.

    Pemohon boleh menggunakan keputusan yang diramal (predicted result) untuk memohon ke IPTA (UBD, UNISSA dan UTB) atau permohonan Biasiswa Kerajaan ke Luar Negara di bawah kendalian Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

    Manakala itu, bagi pemohon yang berjaya akan diberi tawaran bersyarat (conditional offer) oleh institusi berkenaan.

    Sebelum tarikh tutup HECAS, pemohon dikehendaki untuk membuat pembayaran tertunggak melalui aplikasi mudah alih BIBD atau secara tunai di kaunter pembayaran iaitu Kaunter 8, Unit Tunai dan Hasil di Blok C, Tingkat Bawah, Pusat Perkhidmatan Setempat, Kementerian Pendidikan; di Pusat Tingkatan Enam Tutong; dan Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong, serta memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Institution Checklist.

    Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di http://moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS yang baharu, hecas.moe.gov.bn.

    Bagi sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel di ask.hecas@moe.gov.bn, melalui talian 2381992 atau 2384149 semasa waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...