Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kostum menarik meriahkan acara musim sejuk Sepanyol

    SILIO, SEPANYOL – Dentingan loceng lembu yang memecah keheningan pada waktu subuh di sebuah perkampungan terpencil di Sepanyol adalah simbolik kepada pemulihan aturan kosmik sebaik sahaja menjelang perayaan musim sejuk purba kembali diadakan setelah pandemik.

    Penduduk di Silio, yang merupakan sebuah kampung dengan keramaian kira-kira 500 orang penduduk di wilayah Cantabria di utara Sepanyol, sekali lagi mengenakan pakaian buatan sendiri dan mencipta semula upacara penyembelihan beruang untuk perayaan La Vijanera, yang asal-usulnya bermula pada Zaman Pertengahan.

    Sebelum terjadinya wabak koronavirus yang menyebabkan acara berkenaan dibatalkan selama dua tahun berturut-turut, festival itu juga pernah diharamkan semasa pemerintahan diktator abad ke-20 oleh pemerintah Sepanyol, Francisco Franco, seorang penganut kuat agama Katolik yang semasa pemerintahannya telah menindas tradisi pagan.

    Sekumpulan penduduk tempatan kini telah memulihkan semula tradisi itu pada awal tahun 1980an selepas Sepanyol kembali kepada pemerintahan demokrasi.

    Perayaan itu kini diadakan pada Ahad pertama tahun ini, melainkan jika Tahun Baru jatuh pada Ahad, seperti yang berlaku pada tahun ini, maka dalam hal ini ia ditunda hingga 8 Januari. Perayaan dimulakan dengan acara pelancaran roket jam 6 pagi.

    Lelaki berpakaian kulit biri-biri dan loceng berdering kuat semasa berkawad di upacara itu. – AP
    Seorang ahli kumpulan karnival meniup hon. – AP
    Ahli kumpulan karnival La Vijanera de Silio menari semasa perayaan kuno tradisional di bandar Silio, Sepanyol. –AP
    Sekumpulan belia berhasrat untuk memulihkan tradisi awal 1980an selepas kembalinya kerajaan demokrasi di Sepanyol. – AP
    Seorang penduduk berpakaian seperti beruang dan perayaan itu berakhir apabila zamarracos mengelilingi ‘binatang’ itu dan menikamnya dengan lembing. – AP

    Lebih separuh daripada 150 atau lebih peserta yang menghadiri upacara berkenaan adalah zamarracos, lelaki yang memakai topi berbentuk kon dan kulit biri-biri serta membawa empat loceng lembu berat yang disarungkan pada badan mereka. Menurut kepercayaan mereka, dentingan loceng itu sepatutnya menakutkan roh jahat, yang digambarkan dalam sosok beruang. Dalam upacara berkenaan, seorang berpakaian seperti beruang, dan perayaan itu berakhir apabila zamarracos mengelilingi binatang itu dan menikamnya dengan lembing.

    Yang lain pula akan berpakaian dengan watak yang berlainan, termasuk kesatria, pasangan warga emas, dan makhluk jahat yang diselubungi bahan semula jadi seperti jerami, daun pakis atau tongkol jagung.

    Terdapat juga pakaian bagi watak lelaki lumut yang digunakan oleh César Rodriguez, 41, yang telah mengambil bahagian dalam acara itu sejak dia berusia 9 tahun. Dia adalah ahli Persatuan Rakan Vijanera, yang menganjurkan perayaan Silió dan komited untuk mengekalkannya.

    “Ia adalah warisan daripada datuk dan nenek kami, intipati kepunyaan komuniti,” kata Rodríguez.

    “Ia seperti kembali ke zaman moyang kami, untuk menghormati nenek moyang kami lebih-lebih lagi di abad yang kita diami sekarang ini,” tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...