Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganggur dipenjara tiga minggu

    KUALA LUMPUR, 19 Jun – Seorang penganggur yang mencuri pelbagai jenis gula-gula penyaman tekak dan coklat di kedai runcit Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam dipenjara tiga minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Majistret Wong Chai Sia menjatuhi hukuman itu ke atas Nor Zaidi Nong, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri 15 paket Strepsils, 16 peket Fisherman’s Friend dan 41 peket coklat keseluruhan bernilai RM304 milik Hospimart Shoppe Sdn Bhd.

    Dia melakukan perbuatan itu di Hospimart Shoppe, aras bawah bangunan lama HKL, pada kira-kira 7.44 pagi, 18 Jun mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda