Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengarah pendidikan Sarawak diberi kuasa lulus projek selenggara sekolah

    KUCHING, 23 FEB – Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain selain Kerajaan Persekutuan.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak di sini, semalam.

    Mesyuarat dipengerusikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

    “JTBPP diwujudkan khusus untuk mengatasi isu-isu pendidikan di Sarawak, selaras dengan saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Negeri Sarawak dan Sabah.

    “Beberapa agenda penting telah dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP kali pertama ini termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda