Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Pengeluaran bekalan telur ayam di Malaysia beransur stabil

JAKARTA, 19 MAC – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini didorong oleh usaha kerajaan melalui kementerian yang terlibat untuk memudahkan kemasukan pekerja di sektor pertanian dan lain-lain sejak Januari.

“InsyaAllah pada tahun ini pengeluaran telur ayam mencukupi dan mampu sampai ke tahap eksport pada hujung tahun,” katanya di majlis bersama diaspora Malaysia di Indonesia, di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata risiko termasuk perubahan iklim dan penyakit akan terus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan kepada pengeluaran.

Pada 16 Dis lepas, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran itu akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

“Setelah kemasukan telur ayam import, bekalan sekarang mulai stabil dan di peringkat ini kita boleh hentikan import itu bila-bila masa sebab kita mahu utamakan pengelur telur tempatan,” kata Mohamad.

Beliau dan pegawai tinggi kementerian berada di sini sempena lawatan kerja tiga hari sehingga Isnin untuk melihat pendekatan baharu yang diguna pakai Indonesia dalam meningkatkan hasil pertanian padi. – Bernama

Datuk Seri Mohamad Sabu (depan empat, kanan) bergambar kenangan pada majlis bersama Diaspora Malaysia di Indonesia di Jakarta. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -