Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran tenaga hijau Portugal catat rekod tertinggi

    LISBON, 2 JAN – Pengeluaran tenaga boleh diperbaharui mencatatkan rekod tertinggi di Portugal pada tahun lalu dan penggunaan gas asli jatuh ke tahap terendah dalam tempoh 20 tahun, kata pengendali grid negara itu.

    Tenaga boleh diperbaharui menghasilkan 71 peratus daripada elektrik Portugal pada tahun lalu, meningkat daripada 61 peratus pada tahun sebelumnya, menurut kenyataan pengendali REN kelmarin.

    Kuasa hidro menghasilkan 28 peratus daripada elektrik yang digunakan di Portugal tahun lalu, diikuti oleh angin dengan 27 peratus, solar dengan 10 peratus dan biomas dengan 6 peratus.

    Namun, pengeluaran tenaga solar mencatatkan pertumbuhan terbesar, berkembang sebanyak 37 peratus.

    Sementara itu, walaupun penggunaan elektrik keseluruhan meningkat ke tahap tertinggi sejak 2010, penggunaan gas asli jatuh sebanyak 17 peratus ke tahap terendah sejak 2003 dan hanya menyumbang kira-kira 10 peratus daripada pengeluaran tenaga.

    Hampir semua gas asli Portugal dihantar melalui laut dari Nigeria dan Amerika Syarikat. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda