Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengguna Telegram cecah 900 juta orang

    DUBAI, 18 APRIL – Aplikasi pemesejan Telegram telah mencecah lebih 900 juta pengguna aktif dan dijangka akan melepasi angka satu bilion dalam tempoh setahun, kata bosnya dalam temu bual yang diterbitkan kelmarin.

    “Pengguna Telegram merebak seperti kebakaran hutan. Dua setengah juta pengguna mendaftar setiap hari,” kata Pavel Durov, warga Rusia yang mengasaskan syarikat itu bersama abangnya, Nikolai, dalam temu bual yang jarang berlaku dengan hos rancangan sembang Amerika Syarikat (AS) berhaluan kanan yang kontroversial, Tucker Carlson.

    “Orang ramai sukakan kebebasan. Mereka juga menghargai privasi, kebebasan, (terdapat) banyak sebab mengapa seseorang akan beralih ke Telegram,” kata Durov kepada Carlson.

    Aplikasi pemesejan yang disulitkan itu, yang berpangkalan di Dubai, telah meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada platform milik AS, yang telah dikritik kerana eksploitasi komersial mereka terhadap data peribadi pengguna. Telegram telah berjanji untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai penggunanya.

    “Saya fikir kami melakukan kerja yang hebat dengan Telegram,” katanya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...