Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL – Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri hanyut di pantai timur selama berbulan-bulan.

    Seorang lelaki dari Queensland berusia 36 tahun didakwa ketua rangkaian jenayah domestik dan memainkan peranan yang besar dalam pengumpulan dan pengedaran kokain di seluruh negara, kata Polis Persekutuan Australia hari ini.

    Namun perbuatan jenayah lelaki itu terbongkar apabila 900 kilogram kokain tidak dapat dikutip di laut.

    Kira-kira 256 kilogram produk itu dihanyutkan dalam bentuk bata di pantai popular pada akhir 2023.

    Lelaki itu ditahan kelmarin dan dikenakan 19 pertuduhan. Dia boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

    Superintendan Polis Persekutuan Australia, Adrian Telfer berkata asal-usul dadah itu masih dalam siasatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...