Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengharaman Trump beri kesan menyeluruh

    SEORANG doktor yang telah berjaya menyelamatkan banyak penduduk Syria dan memasak makanan untuk beribu tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq merupakan salah seorang yang terkesan akibat tindakan drastik presiden Donald Trump melalui arahan eksekutif yang telah mengharamkan tujuh buah negara Islam daripada memasuki AS.

    Arahan itu telah meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap dirinya malah arahan ini sebenarnya telah memisahkan seorang ibu dengan anak-anaknya dan suami dengan isterinya serta sebaliknya, walaupun individu itu mempunyai visa yang masih sah lagi untuk digunakan dan terkandas di seluruh dunia disebabkan oleh arahan itu.

    “Saya sangat terkejut, anak saya mempunyai visa yang masih sah dan mereka tidak membenarkannya untuk pergi ke AS,” kata Ahmed Ali melalui komunikasi telefon bimbit di sebuah hotel di Afrika selepas pihak berkuasa tidak membenarkan anak beliau, Eman yang berusia 12 tahun untuk menaiki kapal terbang menuju ke Amerika Syarikat.

    Ali dan isteri serta dua lagi anak mereka merupakan penduduk Amerika Syarikat namun anak perempuan beliau dilahirkan di Yemen dan tinggal di sana bersama dengan neneknya.

    Lelaki yang berusia 38 tahun dan pengarah sebuah kedai runcit di Los Banos, California berkata bahawa beliau telah menghabiskan masa selama lima tahun untuk mencuba mendapatkan visa buat Eman dan akhirnya telah berjaya mendapatkannya pada hari Khamis yang lalu.

    Ahmed Ali ketika menghubungi keluarganya di AS mengatakan anak perempuannya tidak dapat memasuki Amerika Syarikat disebabkan oleh arahan Trump. – AP
    Ahmed Ali ketika menghubungi keluarganya di AS mengatakan anak perempuannya tidak dapat memasuki Amerika Syarikat disebabkan oleh arahan Trump. – AP
    Arahan yang dikeluarkan oleh Trump itu telah meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap diri Ali dan keluarganya. – AP
    Arahan yang dikeluarkan oleh Trump itu telah meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap diri Ali dan keluarganya. – AP

    Namun pada hari Sabtu yang lalu, apabila beliau bersiap sedia untuk pergi ke AS, visa anak beliau tidak berguna malah beliau tidak tahu apa yang hendak dibuat.

    Selain itu beliau juga turut risau, jika beliau tidak pulang, beliau akan kehilangan pekerjaan.

    “Ini seperti sikap perkauman dan kami telah menjadi sasaran terhadap identiti kebangsaan dan pegangan agama,” kata Ali terhadap arahan yang telah diutarakan oleh Trump.

    Menyebabkan huru-hara

    Manakala salah seorang lagi yang dilarang untuk kembali semula ke AS, Khaled Almilaji, seorang doktor dari Syria yang menuntut di Universiti Brown, Rhode Island melalui biasiswa dan memfokuskan terhadap pembangunan sistem perubatan di negaranya.

    Beliau berkata isterinya sedang mengandung dan masih berada di Amerika Syarikat sementara itu beliau masih berada di Turki.

    “Ia satu perkara yang sangat mengecewakan melihat kesan yang terjadi terhadap perubahan dunia,” kata Almilaji kepada wartawan AP.

    Almilaji turut menanggung risiko yang tinggi dengan menyediakan perubatan semasa peperangan saudara di Syria dan menyelenggarakan kempen perubatan terhadap jutaan kanak-kanak Syria.

    Trump telah menafikan arahan itu yang mana menyebabkan keadaan huru-hara di kawasan lapangan terbang di mana ratusan penduduk yang sah dengan memegang kad hijau negara itu telah ditahan dan disoal siasat selama berjam-jam manakala yang lain pula berpatah balik walaupun mempunyai visa kemasukan yang masih sah dan dapat digunakan.

    Malah, Trump menuduh masalah teknikal komputer namun lapangan terbang terbesar itu cuba memprotes arahan yang telah dikemukakan itu apatah lagi Trump mengemas kini ‘status’ aplikasi sosial beliau dengan mengatakan “a lot of Dudes out there.”

    Presiden baru itu telah mengarahkan isu pengharaman selama 90 hari terhadap pengunjung yang datang dari Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan juga Yemen.

    Presiden itu turut menggantung kemasukan pelarian selama 120 hari dan menutup sepenuhnya kemasukan pelarian daripada Syria.

    Walaupun ribuan individu membuat protes arahan itu di kawasan lapangan terbang di seluruh negara itu namun kumpulan hak asasi serta beberapa ahli kongres mengutuk tindakan itu namun bagi penyokong Trump ia adalah satu tindakan yang bernas untuk meraih keamanan dan keselamatan buat negara.

    Protes hampir diadakan di kesemua lapangan terbang di AS menyebabkan sedikit keadaan huru-hara. – AP
    Protes hampir diadakan di kesemua lapangan terbang di AS menyebabkan sedikit keadaan huru-hara. – AP
    Beberapa penduduk dan aktivis hak asasi manusia melakukan protes di lapangan-lapangan terbang besar di AS. – AP
    Beberapa penduduk dan aktivis hak asasi manusia melakukan protes di lapangan-lapangan terbang besar di AS. – AP

    “Kami ingin tahu siapa diri mereka sebenarnya dan saya tidak dapat rasakan bahawa bangsa ini akan terus selamat serta kami sudah terlewat sehari malah kekurangan satu dolar untuk melengkapi keperluan semua,” kata salah seorang bekas bomba yang sudah bersara, Charles Lewis dari Kansas kepada wartawan AP.

    Impian yang sia-sia

    Salah seorang yang menerima kesan yang sama, Luey Rabban yang bekerja selama 16 jam sehari sebagai tukang masak di sebuah restoran di Baghdad dan menerima status pelarian di Amerika Syarikat pada lapan bulan yang lalu menerima nasib yang sama.

    Beliau sedang menanti giliran beliau untuk berhijrah ke Amerika Syarikat namun disebabkan oleh arahan itu, beliau tidak pasti bilakah hasratnya itu akan tercapai.

    “Saya ingin datang dan menemui keluarga saya,” kata Rabban yang berusia 47 tahun melalui komunikasi telefon bimbit di Baghdad dan penterjemah bahasa Arab di rumah abangnya di El Cajon, California iaitu sebuah kawasan di San Diego yang terkenal sebagai lokasi keamanan bagi penduduk beragama Kristian, Iraq dan baru-baru ini pelarian dari Syria.

    Rabban bekerja dalam penyediaan makanan untuk tentera Amerika Syarikat di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Baghdad bermula pada tahun 2003 sehinggalah tahun 2011.

    Salah seorang pegawai tentera AS telah menolong beliau untuk mendapatkan status pelarian memasuki Amerika Syarikat enam tahun yang lalu.

    Adik-beradik daripada Syria, Bassam dan Hassan Abouasali telah menunggu selama 13 tahun untuk visa mereka diluluskan dan bercita-cita untuk bersatu dengan abang mereka yang telah menjadi penduduk Amerika Syarikat di Allentown, Pennsylvania di mana abang mereka mempunyai sebuah rumah dan sedang menunggu kedatangan mereka.

    Akhirnya mereka telah mendapatkan visa tahun lepas dan membuat keputusan untuk menghabiskan sambutan Krismas di Damascus sebelum meninggalkan negara itu.

    Setelah mereka sampai di Philadelphia bersama dengan isteri dan anak mereka, mereka terkejut kerana mendapati visa mereka telah dibatalkan dan terpaksa berpatah kembali.

    “Mereka sangat letih, marah, kecewa dan takut. Mereka tidak tahu apa yang telah mereka lakukan sehingga diperlakukan sebegitu rupa,” kata Sarmad Assali, penduduk AS yang telah datang ke AS ketika berusia 13 tahun kepada wartawan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda