Thursday, November 14, 2024
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Penguin’ dipenjara dua tahun kerana hina raja Thailand

    BANGKOK, 31 JULAI – Seorang aktivis prodemokrasi terkenal Thailand hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada kerana memuat naik satu hantaran di media sosial yang menghina gambar raja, menurut peguam kumpulan hak asasi manusia.

    Parit Chiwarak, yang juga dikenali sebagai ‘Penguin’, didapati bersalah kerana melanggar undang-undang fitnah diraja yang ketat atau lese majeste, undang-undang ketika protes prodemokrasi yang dipimpin belia pada 2020 hingga 2021.

    Kumpulan Thai Lawyers for Human Rights (TLHR), berkata dia dijangka menghadapi 24 lagi pertuduhan fitnah diraja.

    Aktivis berusia 26 tahun itu, yang tidak berada di mahkamah di Bangkok hari ini ialah salah seorang tokoh penting yang mengetuai demonstrasi, yang menyaksikan puluhan ribu turun ke jalan raya dengan gesaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk reformasi monarki.

    Beberapa undang-undang lese majeste yang paling ketat di dunia melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan kerabat terdekatnya, dengan setiap kesalahan membawa kemungkinan hukuman selama 15 tahun.

    Pengkritik berkata, kerajaan menggunakan undang-undang untuk menutup pendapat yang berbeza.

    TLHR berkata, lebih 270 orang didakwa di bawah lese majeste sejak 2020.

    Pada 14 Mei lalu, aktivis hak asasi manusia, Netiporn Sanae-sangkhom, yang turut ditahan atas tuduhan memfitnah diraja, meninggal dunia dalam tahanan ketika mogok lapar. – AFP

    ‘Penguin’ (kiri) dan ibunya, Sureerat Chiwarak memberikan tabik hormat tiga jari semasa dibebaskan dari Penjara Reman Bangkok di Bangkok pada 24 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda