Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Dengan matlamat untuk memastikan standard pendidikan yang berkualiti tinggi di institusi pendidikan di negara ini, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah (JKSS), Kementerian Pendidikan mengorak langkah untuk melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah atau School Self-Evaluation (SSE) di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara.
Penilaian Kendiri sekolah itu telah memainkan peranan yang penting dalam kebanyakan sistem pendidikan di seluruh dunia untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.
“Hasil kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa penglibatan sekolah dalam melaksanakan penilaian kendiri adalah satu inisiatif yang sangat signifikan untuk memantapkan rancangan tindakan sekolah ke arah penambahbaikan sekolah.”
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)