Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peninggalan kolonial Belanda di Sumenep

    JALAN raya di kawasan timur bandar Madura dianggarkan sejauh 170 kilometer dari Jambatan Suramadu, terpapar pemandangan sebuah kampung dan juga pantai yang indah serta permai.

    Sumenep, atau penduduk tempatan memanggilnya sebagai Songeneb ditubuhkan apabila Arya Wiraraja, penasihat politik semasa kerajaan Singhasari, hidup dalam buangan ke kawasan Madura. Mata pencarian kawasan tersebut tergantung kepada garam dan tembakau, menjadikan kerajaan kecil itu sentiasa bergema sebagai hab perniagaan, menurut era kegemilangan kawasan tersebut semasa era penaklukan kerajaan Belanda.

    Garam Sumenep dianggap komoditi perdagangan penting sekali khususnya dalam kalangan Belanda di mana pelabuhan dan laluan kereta api dibina untuk proses pengangkutan. Bandar Sumenep telah melalui sejarah yang begitu panjang khususnya dalam perubahan dan telah mengalami pelbagai pengaruh seperti kerajaan Hindu, Islam, penaklukan kerajaan Belanda, pencerobohan Jepun dan kemerdekaan Republik Indonesia.

    Perubahan ini telah membawa Sumenep kepada pelbagai peringkat perkembangan termasuk zaman kegemilangan dan zaman kesukaran.

    Warisan bangunan kolonial

    Peninggalan sejarah Sumenep telah merentasi pelbagai perbezaan zaman dan masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Sesetengah mercu tanda di kawasan berkenaan dapat dilihat di pesisir-pesisir pantai Kalianget diiringi dengan bangunan-bangunan warisan kolonial yang masih kukuh berdiri menghiasi kawasan berkenaan.

    Riyanto, salah seorang peniaga barangan antik dan mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang tersebut di Kalianget.

    Ada istana dan juga masjid lama yang dibina bercorakkan gaya timur serta rumah warisan yang dikenali sebagai Madurese. Madurese merupakan sebuah infrastruktur lama yang menggabungkan reka bentuk Jawa, Belanda dan juga China. Gaya dan corak hibrid bangunan ini dipanggil sebagai Lodji.

    Selaras dengan perubahan masa, sejarah kegemilangan Sumenep sebagai sebuah pekan yang menghasilkan garam masih mampu menarik perhatian para penduduk tempatan di luar pulau berkenaan dan juga pelancong-pelancong antarabangsa. Koleksi-koleksi barangan antik semasa kegemilangan Sumenep kini menjadi sasaran para pengumpul barangan antik dari Indonesia dan juga penduduk asing.

    Barangan perabot yang sudah berusia berabad lamanya seperti almari, batang kayu, ukiran arca, meja, kerusi dan katil juga dijual di Sumenep, terutamanya di kawasan Kalianget.

    Riyanto, salah seorang peniaga barangan antik dan mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang tersebut di Kalianget berkata bahawa barangan antik itu berasal dari Sumenep dan sering kali menerima permintaan yang tinggi oleh pengumpul barangan antik dari Jakarta, Bali dan juga Yogyakarta. Penggumpul tersebut kemudian menjual barangan antik itu kepada pembeli warga asing.

    Riyanto mendapat sumber barangan antik itu daripada penduduk kampung di persekitaran Sumenep termasuk Kalianget berdekatan dengan kawasan pantai ke lereng bukit Lenteng dan Saronggi.

    Lodji, terletak jauh di kawasan perkampungan yang mana terkenal sering mengumpul barangan bernilai dan tulen Sumenep. Berikutan dengan proses perniagaan itu, para peniaga akan memberikan tukang-tukang kayu bayaran untuk mengumpul barangan antik itu dengan kondisi yang terbaik.

    Ukiran yang terperinci, kayu yang berkualiti dan umur barangan antik itu akan menetapkan harga barangan itu.
    Selain daripada barangan perabot antik dan keperluan rumah, pintu lama, jendela dan tiang rumah juga turut menjadi perhatian para pengumpul barangan antik.

    Pengumpul barangan antik

    Selain daripada barangan perabot antik dan keperluan rumah, pintu lama, jendela dan tiang rumah juga turut menjadi perhatian para pengumpul barangan antik.

    Perabot dari zaman lama di Sumenep digambarkan dengan reka bentuk yang unik, campuran gaya Jepara dan pengaruh gaya ketimuran.

    Imej seperti corak naga, burung phoenix dan corak awan menjadi corak yang lazim digunakan dalam perabot-perabot unik, terutamanya gaya lama lencak (katil).

    Ukiran yang terperinci, kayu yang berkualiti dan usia barangan antik akan menetapkan harga barangan itu. Katil lama, merupakan perabot yang sering dicari-cari oleh orang ramai dan dianggarkan bernilai sekitar Rp 35 juta (AS$2,566) akan tetapi jika perabot itu dalam keadaan kondisi amat baik, ia mampu bernilai sehingga ratusan juta rupiah.

    Masa yang berlalu di Sumenep, cebisan peninggalan warisan pekan tersebut telah banyak dibawa keluar dari pulau berkenaan.

    Katil lama sekarang menjadi sebuah gazebo atau dekorasi teres di pusat-pusat percutian, kafe atau rumah-rumah baru. Kini, pintu dan juga jendela yang diukir dengan imej burung phoenix dalam pelbagai varia warna, dipasang di beberapa buah rumah baru di luar kawasan Madura.

    Lazimnya, kini barangan antik Semenep sudah tersebar di seluruh negara malah di luar negara namun kisah silam dan sejarah Semenep sebagai sebuah pekan yang kaya dengan sumber garam akan terus mekar walaupun melalui perubahan zaman. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda