Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjawat awam perlu cakna undang-undang baharu

    KUCHING, 7 FEB – Penjawat awam Persekutuan serta negeri harus peka dan cakna terhadap sebarang undang-undang baharu yang diperkenalkan di Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini telah memperkenalkan beberapa undang-undang baharu termasuk berkaitan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), serta pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

    Katanya undang-undang baharu itu perlu diperkenalkan, bagi menangani keadaan dan situasi semasa.

    “Ekosistem telah berubah, undang-undang telah berubah, dan kita perlu tahu implikasi terhadap undang-undang baharu. Sebagai contoh, mereka (penjawat awam) yang bekerja di Jabatan Hutan misalnya, perlu tahu mengenai carbon trading dan CCUS,” katanya semasa berucap di Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di sini, hari ini.

    Selain itu, Abang Johari berkata fokus kerajaan negeri kini, juga bukan hanya tertumpu pada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, tetapi juga kepada kualiti kehidupan rakyat. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa menyampaikan Anugerah Pegawai Contoh kepada pengawal keselamatan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Aminah Morshidi sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak. Beliau berkata penjawat awam Persekutuan serta negeri harus peka dan cakna terhadap sebarang undang-undang baharu yang diperkenalkan di Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda