Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentas siap sedia untuk Paris 2024

    PARIS, 21 JULAI – Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata pentas telah selesai disiapkan untuk temasya itu apabila Jawatankuasa Penganjur Paris 2024 melaporkan kepada Lembaga Eksekutif IOC mengenai persiapannya kelmarin.

    “Seperti apa yang kita semua dapat lihat. Saya telah berada di sini selama lebih dari seminggu, dan di mana sahaja awda datang dan pergi, awda nampak lampu menyala hijau. Persiapan berjalan dengan baik. Pentas telah siap sedia,” kata Bach.

    Jawatankuasa Penganjur melaporkan bahawa ia berada di laluan terakhir. Hampir separuh daripada semua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan kini berada di Paris, dengan 2,000 atlet sudah tinggal di Kampung Olimpik dan berlatih untuk acara tersebut.

    Pertandingan pertama dijadualkan pada 24 Julai, dua hari sebelum majlis perasmian, manakala 8.8 juta tiket telah dijual setakat ini.

    “Kami mempunyai jawatankuasa penganjur yang sentiasa berwaspada, yang tidak mengabaikan apa-apa jenis cabaran yang selalu awda hadapi apabila awda menganjurkan acara paling kompleks di dunia ini. Dan semua ini boleh memberikan kami keyakinan yang sangat besar untuk menantikan sukan hebat seperti ini. ,” tambah Bach. – Xinhua

    Thomas Bach berucap semasa mesyuarat lembaga eksekutif IOC di Paris kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda