Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentingnya menjaga kebersihan gigi

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 16 APRIL – Bagi memberi pendedahan kepada para murid-murid mengelak dari mengalami kerosakan gigi terutama di peringat kanak-kanak, Sekolah Rendah Chung Hwa Kiudang, Daerah Tutong, telah mengadakan aktiviti menjaga kebersihan gigi, baru-baru ini.

    Aktiviti bulanan sekolah itu telah dijayakan oleh murid-murid tadika satu hingga tadika tiga.

    Objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mengajar murid-murid agar dapat mengenali cara-cara penggunaan berus gigi dan pentingnya menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida dengan betul. Namun, pengambilan ubat gigi berflorida yang berlebihan juga dapat membuatkan gigi menjadi buruk. Oleh itu, aktiviti yang diadakan menunjukkan bagaimana pengambilan ubat gigi yang betul selain menunjuk ajar cara memberus gigi dengan betul.

    Murid-murid sekolah berkenaan semasa mengikuti aktiviti menjaga kebersihan gigi, baru-baru ini. – Gambar serahan Sekolah Rendah Chung Hwa Kiudang, Tutong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda