Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelam maut bersihkan kapal

    SINGAPURA, 20 JUN – Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan kerja-kerja pembersihan badan kapal di Eastern Anchorage, berhampiran East Coast, pada Selasa.

    Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 2:10 petang, mangsa telah tersangkut pada satu daripada kipas bot sokongan penyelam.

    “Pekerja itu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kelmarin.

    MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan terbabit  untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

    “Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu.

    MOM berkata peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

    Sementara itu, CNA melaporkan bahawa pihak polis berkata berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda