Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyokong Colombia diseru jaga sikap

    BOGOTA, 21 Jun – Kementerian luar Colombia meminta penyokong Los Cafeteris di Piala Dunia untuk menunjukkan sikap yang terbaik selepas berlaku beberapa insiden memalukan.

    Kementerian Luar terpaksa untuk bertindak selepas para penyokong menunjukkan sikap yang tidak baik di media sosial.

    Seorang penyokong Colombia, Guillermo Morales, merakam dirinya menghina dua wanita Jepun. Mendekati wanita itu selepas kemenangan Jepun 2-1 ke atas Colombia, dia menyuruh mereka untuk menyebut perkataan yang kurang elok dalam

    Bahasa Sepanyol. Tidak memahami Bahasa Sepanyol, mereka secara sopan menurut apa yang telah disuruh.

    Morales memohon maaf semasa temu bual bersama beberapa stesen radio dan berkata dia sedang mabuk apabila meninggalkan stadium itu.

    Dalam video kedua, tiga orang penyokong meminum minuman beralkohol yang mereka seludup masuk ke dalam Stadium Saransk.

    Salah seorangnya adalah kakitangan penerbangan Colombia, Avianca yang mengumumkan bahawa dia telah dipecat.

    Perwakilan polis negara Amerika Selatan di Rusia, Mejar Alejandor Saavedra berkata, mereka akan dilarang untuk menghadiri perlawanan lain dan telah didenda.

    “Perkhidmatan keselamatan Rusia telah memberi amaran mengenai sikap seperti ini untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

    FIFA dan pihak berkuasa Rusia telah melarang alkohol dibawa masuk ke dalam stadium.

    “Warga negaranya yang berada di Rusia untuk Piala Dunia perlu menghormati peraturan negara itu yang telah membuka pintu untuk mereka,” menurut kenyataan kementerian luar.

    “Mereka perlu mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan dan menerima akibatnya jika melanggar peraturan itu.”

    Lebih 11,000 warga Colombia berkunjung ke Rusia untuk menyaksikan Piala Dunia, menurut pihak berkuasa imigresen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda