Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Peranan komunikasi dua hala antara presiden, ahli

    KUALA LUMPUR, 10 JUN – Perwakilan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) diseru agar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan presiden baharu badan induk sukan itu bagi penggal 2022/2025 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Jun ini.

    Timbalan Presiden KOM, Datuk Mumtaz Jaafar berkata amat penting bagi perwakilan membuat penilaian  bijak bagi menentukan hala tuju serta masa depan olahraga negara yang lebih baik.

    Selain berkaliber, legenda olahraga Malaysia itu berkata bahawa presiden baharu perlu mempunyai komunikasi dua hala yang baik bersama ahli KOM demi kebaikan badan induk itu.

    Mumtaz berkata presiden juga perlu memastikan atlet kekal berdisiplin tinggi agar mereka kekal fokus dalam usaha mengharumkan nama Malaysia dalam mana-mana kejohanan mahupun temasya sukan antarabangsa.

    “Semestinya, tak boleh dapat 100 peratus yang bagus namun, presiden perlu ada hubungan baik dengan persatuan di peringkat negeri selain dihormati di peringkat antarabangsa seperti Olahraga  Dunia,” katanya kepada Bernama.

    Perebutan kerusi nombor satu di KOM akan menyaksikan saingan antara penyandang, Datuk SM Muthu dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Presiden Persatuan Olahraga Perlis (POAPs). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...