Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Perancis catat 31 hari tanpa hujan

    PARIS, 21 FEB – Perancis telah menyamai rekod kemarau selama 31 hari tanpa hujan yang ketara, menurut perkhidmatan cuaca negara itu hari ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai rizab air di beberapa bahagian di Eropah yang masih bergelut akibat kemarau teruk tahun lalu.

    Dengan turunan hujan di seluruh negara kurang daripada satu milimeter sehari sejak 21 Januari, perkhidmatan cuaca Perancis berkata ketiadaan hujan menyamai rekod yang dicatat pada musim bunga 2020.

    Musim sejuk biasa merupakan tempoh paling penting untuk mengisi semula paras air bawah tanah dengan hujan.

    Bilangan hari tanpa hujan itu ‘tidak pernah disaksikan’ pada musim sejuk sebelum ini dalam rekod sejak 1959, kata perkhidmatan cuaca Perancis hari ini.

    Bulan lalu merupakan Januari ketiga paling hangat direkodkan di Eropah, dengan suhu semasa Tahun Baharu mencecah suhu tertinggi di beberapa buah kawasan di benua itu, menurut pemantau iklim Kesatuan Eropah, Copernicus (C3S).

    Eropah mengalami tahun kedua paling hangat pada 2022, dengan Perancis, Britain, Sepanyol dan Itali mencatatkan rekod purata suhu baharu.

    Suhu hangat itu berpunca daripada kemarau teruk yang tidak pernah berlaku sejak beberapa abad di seluruh benua itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...